Destinasi Impian Saya

August 13, 2009

Pada cuti sekolah nanti , saya ingin meluangkan masa saya di salah satu air terjun di Bali . Ini kerana , persekitaran di situ amat indah dan saya pasti airnya juga jernih . Di Singapura , tidak terdapat air terjun dan saya tidak mahu menghabiskan masa saya di kota sahaja . Saya juga ada cadangan sendiri untuk bagaimana saya mahu menghabiskan masa saya sewaktu cuti sekolah . Saya mahu menghabiskan masa saya seperti keluar dengan teman – teman dan sebagainya . Dengan itu , saya mahu ke Bali untuk cuti sekolah .

Sejarah Hang Tuah

July 24, 2009

 

 

 

Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan yang merentasi sepanjang zaman naik turun kerajaan Empayar Melaka. Hang Tuah merupakan seorang laksamana yang terutama serta pahlawan Melayu yang ganas semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15. Hikayat ini dipercayai mula ditulis sekitar 1700 (Leiden manuscript Cod.Or.1762.) tetapi manuskrip lengkap adalah bertarikh 1849.[1]

Pada masa pemudanya, Hang Tuah dan empat orang temannya, iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, serta Hang Lekiu, membunuh segerombolan lanun dan dua orang lain yang mengamuk dan membuat kacau-bilau di dalam kampung. Si Bendahara (sama dengan Perdana Menteri dalam istilah moden) Melaka nampak bakat mereka dan mengambil mereka bertugas di dalam istana. Hang Tuah dibabadkan dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.

Semasa bertugas dengan istana Melaka, Hang Tuah membunuh seorang pahlawan Jawa yang dikenali sebagai Taming Sari. Taming Sari merupakan seorang anak buah Empayar Majapahit yang telah dihadiahkan dengan sebilah keris kuno yang dipercayai boleh menyebabkan pemiliknya tidak terkalahkan. Keris itu dinamai “Taming Sari” sempena pemiliknya yang asal.

Hang Tuah kemudian dituduh kerana berzina dengan pembantu Sultan, dan suatu keputusan serta merta dibuat untuk menghukum mati laksamana yang tidak bersalah itu. Bagaimanapun, hukuman mati itu tidak dilaksanakan, dan sebagai ganti, Hang Tuah dihantar ke suatu tempat yang terperinci oleh si Bendahara. Mempercayai bahawa Hang Tuah telah mati, Hang Jebat (menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu), melancarkan pemberontakan balas dendam terhadap Sultan Mansur Shah, dan menyebabkan keadaan kelam-kabut di kalangan penduduk. Sultan Mansur Shah berasa sesal tentang hukuman mati Hang Tuah, kerana Hang Tuah merupakan orang tunggal yang berupaya membunuh Hang Jebat (atau Hang Kasturi). Akhirnya, si Bendahara memanggil balik Hang Tuah daripada persembunyiannya, dan diampun oleh Sultan. Selepas berlawan selama tujuh hari, Hang Tuah berjaya membunuh Hang Jebat dan mendapat balik keris Taming Sarinya.

Hang Tuah meneruskan khidmatnya kepada Sultan Mansur Shah selepas kematian Hang Jebat. Pada lewat hidupnya, beliau diutuskan meminang seorang puteri yang tinggal di puncak Gunung Ledang. Beliau gagal dalam tugas itu, dan disebabkan perasaan malu, Hang Tuah terus hilang dan langsung tidak dinampak lagi. (Sila lihat rencana Puteri Gunung Ledang.)

 

 

Pada pendapat saya , Hang Tuah benar – benar wujud kerana , jikalau Hang Tuah tidak wujud , tidak akan ada cerita tentangnya . Ada orang kata dia pernah wujud dan ada kata tidak . Pada zaman moden ini , ramai orang berasa keliru tentang perkara ini .

June 1, 2009

Lampu-lampu neon berkelap-kelip di lorong-lorong terlarang itu . Aku masih teringat akan sebuah peristiwa yang berlaku kepada sahabatku , Suhaili . Aku dan suhaili membesar bersama-sama sejak kecil . Kami tinggal di pinggiran desa yang berdekatan dengan kota . Kehidupan keluarga suhaili susah . Bak kata pepatah , kais pagi makan pagi , kais petang makan petang . Bapanya ialah seorang petani dan ibunya pula ialah seorang suri rumah .

Selesai sahaja peperiksaan lepasan sekolah menengah , suhaili bercadang untuk ke bandar dengan harapan mendapat kerja yang lumayan gajinya . Apabila fajar menunjukkan dirinya , bapa suhaili pun pulang ke rumah . Selepas makan malam , suhaili dengan segera memberitahu kedua ibubapanya tentang rancangannya itu . Bapanya bersetuju akan rancangannya itu . Tetapi , ibunya pula membantah rancangan anak sulungnya itu . Ini kerana naluri ibunya tidak berapa enak . Sejak itu , suhaili bermasam muka sahaja kerana kecewa . Akhirnya , ibunya pun bersetuju . Angin pagi bertiup kencang , amat dingin sekali pagi itu . Suhaili yang tidak tidur lena semalam dengan pantas bersiap sedia untuk ke kota . Dia tidak sabar untuk pertama kalinya menjejakkan kakinya di kota . Sudah bersarapan dan bersalam-salaman , dia pun berangkat . Hati suhaili berasa amat sayu kerana dia harus meninggalkan keluarganya . Sebelum suhaili berangkat , ibunya memberinya beberapa nasihat . Suhaili berjaniji dengan ibunya bahawa dia akan pulang ke kampung pada tiap hujung bulan dan menjaga dirinya dengan elok .

Tiba sahaja di kota , Suhaili terus mencuba harapannya itu . Dengan secara tiba-tiba , suhaili mendapat kawan baharu bernama Amy . Dia mengenali Amy apabila dia sedang duduk berehat di sebuah lorong kecil . Umur Amy sebaya dengan suhaili . Amy bertanya kepada suhaili adakah dia sedang mencari kerja . Amy pun mempelawa suhaili sebuah kerja yang sedang mendapatkan wang , iaitu menjadi seorang pelayan kelab malam . Suhaili amat gembira , lantas , dia pun menerima tawaran Amy . Sebelum suhaili mula kerja , Amy mengajar suhaili bagaimana caranya hendak melayan tetamu dan juga cara bagaimana hendak bersolek . Pada malam itu , suhaili pun mula bekerja , namanya pun tukar kepada nama samaran baru , iaitu , lily . Pada mulanya , dia tidak selesa dengan pekerjaan itu .

Azam saya untuk semester depan adalah untuk belajar bersungguh-sungguh dan lulus peperiksaan yang akan datang . Saya tidak akan bermain-main di dalam kelas lagi tetapi saya akan memberikan sepenuh perhatian di dalam kelas . Saya akan belajar bersungguh-sungguh supaya saya boleh maju dalam hidup saya . Saya juga berazam untuk tidak menjadi seseorang yang keras kepala . Perlahan-lahan saya akan mencuba .

Hari Ibu

May 5, 2009

Ibu, puisi ini sengaja kutulis
dalam kegelapan musim dan waktu
hanya puisi murung
tidak berarti
Namun, dengan hati Ibu yang tulus serta penuh kasih pastilah Ibu mengetahui
kebenarannya

Apakah Ibu masih ingat
ketika anjing-anjing bersenjata itu menyeret putrimu lalu mengepungku dalam
kamar penyiksaan
di sebuah jalan tak bernama
Ibu tiba-tiba terjaga dari kesakitan yang parah mendengar lolong putrimu
di malam buta
Saat itu aku berada sangat jauh dari Ibu

Dahulu aku mengira
Ibu hanyalah perempuan lemah, yang tak punya pendirian mengabdi kepada
suami bagaikan kuli
Ibu rela bekerja keras
di tengah hujan dan terik matahari
seorang diri
serta tiada mendendam kepada siapa pun
demi anak-anak Ibu

Setelah ayah pergi dengan perempuan itu
Ibu menangis sepanjang hari
pertanyaan kanak-kanak yang marah
selalu berakhir dengan pertanyaan lagi
ketika Ibu menyahut parau:
“Ibu mencintai ayahmu, Nak.”
aku segera berlari lalu membanting pintu

Kini aku mengerti bahwa kesanggupan mencintai bukan hal biasa bahkan,
seringkali mengejutkan orang lain

Bertahun-tahun kemudian
anjing-anjing bersenjata datang
mengobrak-abrik rumah kita
seperti kesetanan
bangkit dari neraka
memaksa Ibu mengatakan tempat persembunyianku Gambar-gambar pemogokan buruh
mereka sodorkan dengan kasar
serta penuh kebencian:
“Putrimu melawan pemerintah,
bersama-sama mereka membuat huru-hara.”

Rasa cinta yang begitu besar kuwarisi dari Ibu Tetapi, kepasrahannya tidak

Wajah Ibu yang bercahaya
dengan rambut yang mulai memutih
bayangan hangat yang memenuhi benakku
sewaktu Ibu mengantar sampai ke muka pintu Ibu menangis
karena tak mempunyai sesuatu yang berharga sebagai tanda mata
kemudian sungai air mata itu
bertambah luas melihat warna blusku yang sudah memudar Itulah terakhir kali
aku melihat Ibu

Perjuangan kami ini bukan untuk memisahkan Ibu dari anaknya, para suami
dari istri mereka,
kakek atau nenek dari sang cucu,
ataupun seorang kakak dari adik-adiknya, melainkan untuk menyatukan seluruh
umat manusia dalam kedamaian
yang tak pernah lagi kita miliki
setelah puluhan tahun kekuasaan rezim ini

Maafkan putrimu bila perjuangan kami
telah membuat Ibu
terpaksa menempuh hidup yang sunyi
Bukankah dalam hati kecil Ibu
selalu mendoakan kami?

 

http://www.library.ohiou.edu/indopubs/1996/12/31/0011.html

 

 

 

Selamat Hari Ibu .

Mawas .

March 9, 2009

mawas3new_01

Orang Mawas atau Mawas (juga dikenali sebagai Orang Dalam) didakwa sebagai hominid cryptid dikatakan tinggal di kawasan perhutanan Johor di Malaysia. Ia dijelaskan dengan ketinggian 10 ft (2.4-3 m), bipedal, ditutupi dengan bulu hitam, dan telah dilihat memakan ikan, dan merosakkan kebun.

Telah ada banyak laporan kelihatan sejak 1950an, dan pada 1995 di Johor trek besar dengan empat kaki dilaporkan.[1] Pada November 2005 satu penemuan yang banyak dipublisikan berlaku apabila seorang budak berjalan berhampiran Sungai Kinchin. Kemudian tapak kaki seperti manusia ditemui, termasuk satu 18 in (46 sm) panjangnya. Sebuah gambar tapak kaki baru dapat dinampak di tar, disifatkan ke Mawas, telah dicetak dalam suratkhabar Malaysia pada Januari 2006. Sebuah pasukan kerajaan telah mencari untuk bukti lanjut dari Mawas. Pada lewat Januari 2006, pihak berkuasa di Johor mengumumkan suatu ekspedisi rasmi untuk membuktikan kewujudan makhluk ini, membuatkan ia negara pertama mempunyai pemburuan khas untuk hominid bermisteri. Sebuah cerita berita pada Cryptomundo.com mengatakan yakni Orang Mawas telah ditangkap di Johor pada ekspedisi Johor, seperti dilaporkan pada April 19, 2006 dalam Berita Harian, tepai laporan rasmi yang dikeluarkan Bernama menafikannya.[2]

Setengah orang percaya bahawa mawas wujud di muka bumi ini . Ada setengah orang tidak percaya akan mawas ini . Tetapi , siapakah yang betul ?

Tak kenak maka tak cinta

February 17, 2009

picnik-collagelalalal

Ikan Paus adalah salah satu jenis mamalia yang semakin pupus . Mamalia ini menjadi pupus kerana manusia inginkan kumis ikan paus untuk membuat tali biola . Manusia juga memburu ikan paus untuk mengambil bahagian ikan paus yang lain , seperti kulit dan lemak ikan paus . Dahulu , populasi ikan paus biru mencapai hampir 240 ribu ekor , sekarang jumlahnya hanya tinggal sekitar 1,700 ekor kerana terlalu banyak diburu . Kita boleh melindungi ikan paus ini dengan tidak memburunya untuk mengambil kulit dan sebagainya .
Dengan cara ini , ikan paus tidak akan pupus dari muka bumi ini .

BAJU KEBAYA !

February 5, 2009

kebaya

- Baju ini ialah baju kebaya.Baju kebaya terdapat bermacam-macam warna dan corak yang berwarna-warni.Selalunya,golongan wanita memakai baju kebaya ini.Sekarang semua perinkat wanita boleh memakai kebaya ini.Gadis perempuan berbagai umur pun boleh memakainya.Terdapat berbagai-bagai jenis kebaya yang boleh terdapat di mana-mana sahaja.Sekarang,masih juga terdapat baju kebaya yang moden dan juga yang tradisional.

January 22, 2009

jaga-kerbersihan-persekitaran-awam1

Transit .

January 8, 2009

1. Masalah-masalah yang dihadapi apabila menaiki perkhidmatan awam

; bas amat kecil dan sempit .

; bas akan penuh jika banyak penumpang .

; penumpang – penumpang lain tidak akan hirau tentang penumpang yang lain . seperti orang – orang yang lebih memerlukan tempat duduk .

; ada penumpang yang makan atau minum di dalam bas lalu mereka akan membuang sampah di dalam bas , ia membuat bas itu lebih kotor .

 

2. Berikan saranan atau idea bagaimana masalah-masalah ini dapat ditangani.

; penumpang lain harus turut bantu membantu orang – orang yang lebih perlukan tempat duduk .

; penumpang – penumpang yang sedang berdiri harus bergerak ke hujung bas jika ada ruang .

; bas itu harus direka lebih luas kerana terdapat banyak penumpang -penumpang setiap hari dan masa .

; penumpang- penumpang tidak harus membuang sampah sembarangan kerana penumpang lain juga akan turut merasa geli .

; jika pelancong – pelancong lain datang ke singapura dan menaiki bas transit kita , mereka akan memberi komen buruk kepada singapura walaupun hanya kerana bersih atau kotor bas transit kita , kesesakan di dalam bas ,, mereka juga akan komen tentang tingkah laku orang – orang singapura .