Lampu-lampu neon berkelap-kelip di lorong-lorong terlarang itu . Aku masih teringat akan sebuah peristiwa yang berlaku kepada sahabatku , Suhaili . Aku dan suhaili membesar bersama-sama sejak kecil . Kami tinggal di pinggiran desa yang berdekatan dengan kota . Kehidupan keluarga suhaili susah . Bak kata pepatah , kais pagi makan pagi , kais petang makan petang . Bapanya ialah seorang petani dan ibunya pula ialah seorang suri rumah .
Selesai sahaja peperiksaan lepasan sekolah menengah , suhaili bercadang untuk ke bandar dengan harapan mendapat kerja yang lumayan gajinya . Apabila fajar menunjukkan dirinya , bapa suhaili pun pulang ke rumah . Selepas makan malam , suhaili dengan segera memberitahu kedua ibubapanya tentang rancangannya itu . Bapanya bersetuju akan rancangannya itu . Tetapi , ibunya pula membantah rancangan anak sulungnya itu . Ini kerana naluri ibunya tidak berapa enak . Sejak itu , suhaili bermasam muka sahaja kerana kecewa . Akhirnya , ibunya pun bersetuju . Angin pagi bertiup kencang , amat dingin sekali pagi itu . Suhaili yang tidak tidur lena semalam dengan pantas bersiap sedia untuk ke kota . Dia tidak sabar untuk pertama kalinya menjejakkan kakinya di kota . Sudah bersarapan dan bersalam-salaman , dia pun berangkat . Hati suhaili berasa amat sayu kerana dia harus meninggalkan keluarganya . Sebelum suhaili berangkat , ibunya memberinya beberapa nasihat . Suhaili berjaniji dengan ibunya bahawa dia akan pulang ke kampung pada tiap hujung bulan dan menjaga dirinya dengan elok .
Tiba sahaja di kota , Suhaili terus mencuba harapannya itu . Dengan secara tiba-tiba , suhaili mendapat kawan baharu bernama Amy . Dia mengenali Amy apabila dia sedang duduk berehat di sebuah lorong kecil . Umur Amy sebaya dengan suhaili . Amy bertanya kepada suhaili adakah dia sedang mencari kerja . Amy pun mempelawa suhaili sebuah kerja yang sedang mendapatkan wang , iaitu menjadi seorang pelayan kelab malam . Suhaili amat gembira , lantas , dia pun menerima tawaran Amy . Sebelum suhaili mula kerja , Amy mengajar suhaili bagaimana caranya hendak melayan tetamu dan juga cara bagaimana hendak bersolek . Pada malam itu , suhaili pun mula bekerja , namanya pun tukar kepada nama samaran baru , iaitu , lily . Pada mulanya , dia tidak selesa dengan pekerjaan itu .